Thursday, March 1, 2007

Pesanan dari Buku La Tahzan (jangan bersedih)


4 perkara buat badan sakit:
1.terlalu banyak bercakap
2. terlalu banyak tidur
3. terlalu banyak makan
4. terlalu banyak lakukan hubungan badan

4 perkara merosakkan tubuh:
1. cemas
2. sedih
3. berpanjangan lapar
4. kurang tidur malam

4 perkara mata jadi gelap
1. jalan tanpa alas (berselipar atau berkasut)
2. sedih di pagi buta dan petang menjelang tidur
3. terlalu banyak menangis
4. terlalu banyak membaca tulisan kecil

4 perkara badan jadi kuat:
1. gunakan pakaian jenis lembut
2. mandi air hangat
3. makan makanan manis dan berlemak
4. cium haruman

4 perkara beri kesenangan dalam hati:
1. lihat hijau
2. lihat air mengalir
3. lihat kekasih
4. lihat buah-buahan



sewaktu melawat pusat tadahan air di Bauchi. mengambil gambar bersama jurutera di sana, prof omar dan hu sin... jurutera ni kata bekalan air sampai ke pengguna tapi ramai tidak mampu bayar kerana faktor kawasan pedalaman, tidak ada kemudahan kenderaan dan kos kehidupan tinggi. Nampak sempoi ajer si jurutera ini. Pakai selipar lak tu. Yang penting kerja bereskan.



4 perkara hilangkan seri wajah:
1. berbohong
2. tidak tahu malu
3. terlalu banyak bertanya tanpa asas
4. banyak melakukan maksiat

4 perkara wajah jadi segar:
1. jaga harga diri
2. tepati janji
3. dermawan
4. bertakwa

4 perkara mendatangkan kemarahan/kebencian:
1. takabur
2. dengki
3. bohong
4. suka mengadu

4 perkara datangkan rezeki:
1. bangun malam untuk solat
2. banyakkan istighfar menjelang fajar
3. selalu memberi
4. selalu berzikir

4 perkara cegah datangnya rezeki:
1. tidur pagi hari
2. jarang solat
3. malas
4. suka khianat

4 perkara bahayakan pemahaman dan kemampuan otak:
1. ketagih minum masam (buahan)
2. tidur terlentang
3. resah
4. gundah

4 perkara tambah daya pemahaman:
1. hati yang bersih
2. tidak ambil makanan atau minuman berlebihan
3. pengambilan makanan seimbang
4. buang endapan makanan yang beratkan badan

Thursday, February 15, 2007

Panas Vs Sejuk

Sebenarnya agak terkedu apabila menulis dalam blog ini. Tapi aku ada satu hasrat ingin kongsikan pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini. Hari ini aku terpaksa ketepikan dulu hasrat ini. Sekarang ini aku rasa tidak begitu sihat. sejuk di dalam sejuk di luar. Sejuk sentiasa. Pakai stokin dan baju berlapis, masih lagi rasa sejuk. Sedangkan sekarang ini musim panas.

Tak apalah. Mungkin ini rahmat Tuhan nak berikan sejuk tatkala cuaca panas memijar. Ia membuatkan aku gemar menjabat tangan dengan rakan-rakan wanita yang kukenali. Ingin berkongsi haba. Sekurang-kurangnya, aku boleh mengeratkan perhubungan silaturrahim. Di sebalik sejuk yang menyelubungi diri, tetapi ada kepanasan yang menujah perasaan aku. Anak kedua aku demam panas. Kasihan aku melihatnya.

Sewaktu dia demam, aku sentiasa menyentuh tubuhnya untuk memberikan sedikit kesejukan ini kepadanya agar suhu panas badannya segera surut. Kain dibasahkan diletakkan di atas kepala dan adakalanya mengelap badannya yang kepanasan. Semoga Allah menyembuhkan demamnya dan menjadikan anak yang bertambah soleh. Amin. Sebenarnya tak tau lagi apa nak dikata. Adios! Selamat bercuti.

Monday, February 12, 2007

Oh Bauchi!.



Aku (berbaju biru jeans) di perkampungan Yankari, Nigeria (Nov 2006). Rakanku, Mahani dari Yayasan Restu menggendong bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya yang sedang memegang anak berbaju merah. Seronok dapat pengalaman menarik sebegini. Inilah aktiviti masa lapang mereka, sambil borak-borak dan boleh masak-masak di luar rumah. Pakai dapur kayu ajer.

senafas dalam hidup

Semalam aku membaca buku tentang Syeikh Ahmad Yassin, bapa intifadah Palestin, penulisan Ustaz Maszlee Malik dari UIA. Kagum dengan lelaki itu, walaupun kudrat yang terletak pada kerusi roda, namun jiwa yang dimilikki umpama naga yang bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada manusia kejam berhati binatang tanpa bermaruah telah meragut nyawanya seperti sang pengecut. Mana mungkin lelaki yang uzur itu mampu mengangkat senjata untuk memberi ancaman. Cuma kata-katanya sahaja bisa membangkit semangat perjuangan untuk membela nasib rakyat dan negaranya. Cinta Syeikh pada Tuhan tiada galang pengganti. Tidak gentar dengan musuh, apatah lagi musuh Allah SWT. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mac 2004. Ia kini tinggal sejarah sebagai pemimpin bermaruah di bumi Allah SWT. Kematiannya sebagai bukti bahawa dirinya tidak pernah takut sesiapa hatta kematiannya secara syahid yang menjadi tujuan. Alhamdulillah, terlaksana impiannya itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Aku berharap ramai anak-anak muda berjiwa kental sedia berjuang ke jalan Allah SWT. Perjuangan paling besar sekali ada pertempuran melawan nafsu diri. Sekurang-kurang jadikan diri kita baik, ia sudah dapat mengurangkan kemungkaran di muka bumi. Dan orang-orang yang baik seperti bintang berkilauan di malam hari. Insya-Allah.

Thursday, February 8, 2007

rindu seorang ibu

Masa itu nadi bagi seorang ibu
Tangannya yang mengasuh anak sedari kecil
Kasih sayang tertumpah sejak alam ruh
Detik masa berlalu dan setiap nafas yang dihembuskan
Hanya ada tenaga yang memaut pada jasad
Dengan kehendak Ilahi
Tabah menghadapi
Suka dan duka
Dalam lipatan sejarah masa
Yang tidak mungkin dapat dilupakan
Oleh seorang ibu yang berjuang di dunianya sendiri

Anak-anak syurga
Kehadiran mereka dalam hidup seorang ibu
Seperti cahaya bulan di malam hari
Seperti cahaya matahari di siang hari
Maafkan anak-anak ibu
Jika masa yang ada hanya untuk seketika

Monday, February 5, 2007

Lopong..ZZzzz

Menjelang pagi Isnin yang masih gelap dan kelat. Walaupun malam tadi pulang lewat dari PD ikut program Stay Young N Rich, tapi semangat dalaman sudah bangunkan aku pagi ini. Tanpa jam tanpa waktu, dengan mata yang kelat menampung tubuh untuk bangun dan turun ke bawah rumah. Yess. .. waktu itu masih milikku. Pukul 6.30pg sudah cukup bagi ku untuk mengejut tiga anak kesayangan yang masih lena dibuai mimpi. Segala urat-urat ditegapkan semula untuk memulakan tugas. Apa yang pasti, aku mesti bereskan segala-gala dengan izin Allah SWT, sehinggalah aku dapat menghantar anak-anak syurga ku ke sekolah.

Mulakan hari ke tempat kerja... perlu cepat. On kan computer, baca tafsir sebagai permulaan hari, baca novel sementara skrin komputer membuka tirainya. Aku jalani sudah separuh hari. Mengantuk amat, seperti di awan-awan. Tidur ....ZZZzzzzzz tapi jangan lopong. Nanti lalat masuk. lewati waktu petang, sempat jalani tugas apa yang terdaya.

Sunday, February 4, 2007

Salam Mesra

Alhamdulillah, blogku sudah terbina hari ini. Hasil sokongan rakan sebelah tempat menaip, Aida. Tq. Ia membuka lembaran baru utk aku melayari alam siber di langit biru. Bakal ku kongsi kisah, cerita, pengalaman, tips dan panduan untuk diri, anak-anakku tersayang, keluarga, rakan-rakan dan seluruh makhluk yang tersesat ke sini.

Aku mengalu-alukan kunjungan kamu ke sini. Ya, kamu ;)