Monday, February 12, 2007
senafas dalam hidup
Semalam aku membaca buku tentang Syeikh Ahmad Yassin, bapa intifadah Palestin, penulisan Ustaz Maszlee Malik dari UIA. Kagum dengan lelaki itu, walaupun kudrat yang terletak pada kerusi roda, namun jiwa yang dimilikki umpama naga yang bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada manusia kejam berhati binatang tanpa bermaruah telah meragut nyawanya seperti sang pengecut. Mana mungkin lelaki yang uzur itu mampu mengangkat senjata untuk memberi ancaman. Cuma kata-katanya sahaja bisa membangkit semangat perjuangan untuk membela nasib rakyat dan negaranya. Cinta Syeikh pada Tuhan tiada galang pengganti. Tidak gentar dengan musuh, apatah lagi musuh Allah SWT. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 22 Mac 2004. Ia kini tinggal sejarah sebagai pemimpin bermaruah di bumi Allah SWT. Kematiannya sebagai bukti bahawa dirinya tidak pernah takut sesiapa hatta kematiannya secara syahid yang menjadi tujuan. Alhamdulillah, terlaksana impiannya itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Aku berharap ramai anak-anak muda berjiwa kental sedia berjuang ke jalan Allah SWT. Perjuangan paling besar sekali ada pertempuran melawan nafsu diri. Sekurang-kurang jadikan diri kita baik, ia sudah dapat mengurangkan kemungkaran di muka bumi. Dan orang-orang yang baik seperti bintang berkilauan di malam hari. Insya-Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment